12 Sebab Mengapa Haid Anda Lewat

Risau sebab haid anda Lewat?

Antara faktor kelewatan kedatangan haid adalah kehamilan. Iaperkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat namun ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang.

haid_lewat

Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

  • Tekanan. Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Apabila anda dalam keadaan tertekan, badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita. Jadi elakkan daripada memikirkan masalah anda. Dapatkan bantuan untuk meluahkan perasaan anda.

 

  • Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita. Ia faktor diluar kawalan kita.
  • Menyusu badan: Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

 

  • Ubatan:Memakan jamu atau makanan pelansingan badan mungkin boleh menyebabkan gangguan kepada kitaran haid anda. Pastikan produk yang anda makan disahkan selamat oleh KKM.
  • Obesiti: Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
  • Berlebihan hormon prolaktin:
    Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
  • Masalah tiroid: Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
  • Terlalu kurus:
    Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
  • Menopos:
    Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
  • Tersilap kira:
    Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau. Kini terdapat banyak applikasi telefon pintar yang boleh membantu merekodkan period anda.
  • Hamil:
    Hamil adalah antara faktor pertama yang dikaitkan dengan kelewatan haid. Tahniah kami ucapkan jika benar benar hamil! Anda boleh mengunakan pregnancy test untuk mengesahkan kehamilan anda. Ia boleh didapati di farmasi berdekatan anda.
  • Pencegah hamil:
    Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

Apa yang perlu dilakukan?

1. Sekiranya anda positif hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil.

2. Sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • adakah memakan jamu punca haid lewat dan sedikit
  • sebab haid lewat
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

2 Comments

  1. dila November 6, 2015
  2. dila November 6, 2015

Add Comment