Adab Mandi Wajib Bagi Wanita Beragama Islam

Mandi wajib atau mandi hadas besar merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh wanita Islam jika berlakunya perkara seperti haid, nifas, wiladah, keluar mani samada sengaja atau tidak dan melakukan hubungan seks. Keluar mani seringkali dikaitkan dengan lelaki, namun ia boleh dikaitkan dengan wanita jika mengalami puncak nikmat atau orgasme walaupun  dengan hanya menerusi oral seks mahupun onani. Jadi wanita yang mengalami orgasme perlu melakukan mandi wajib atau mandi hadas besar ini.

Bagi hubungan seks pula, apabila kepala zakar tenggelam di dalam faraj. Maka mereka kedua duanya perlu melakukan mandi wajib walaupun persetubuhan berkenaan tidak mengeluarkan air mani atau orgasme diantara suami dan isteri.

adab mandi wajib

Adab Mandi Wajib Bagi Wanita

Adakah sah mandi wajib jika mandi wajib dengan telanjang tanpa seurat benang? Ianya sah. Namun hukumnya makruh jika dilakukan berseorangan dan haram jika ditempat ramai orang seperti di kolam renang. Syarat bagi mandi hadas besar adalah niat dan meratakan air ke seluruh badan.

Jadi mandi wajib secara bogel adalah sah, tetapi makruh. Sebaiknya baiknya ada kain yang menutupi badan.

Penting! Hilangkan benda yang menghalang air ke badan

Sebelum melakukan mandi junub, para wanita perlu pastikan  perkara-perkara yang menghalang air ke badan perlu dicuci dan dibuang seperti celak, make up, pewarna kuku dan sebagainya. Jika ia tidak dibuang atau dicuci terlebih dahulu, dikhuatiri air akan terhalang membuatkan mandi wajib anda tidak sah.

Banyak make up dan celak pada hari ini tidak telap air. Ia menghalang air dari sampai ke badan anda. Malah jika mengambil wuduk, wuduknya tidak sah kerana air tidak sampai kepada anggota wuduk disebabkan adanya penghalang seperti make up dan pewarna kuku.

Inai bagaimana?

Inai dibolehkan kerana ia tidak menghalang air ke badan dan juga kuku kita.

Bagi Wanita Yang Baru Habis Haid dan Nifas

Bagi mereka yang sudah kering dari haid dan nifas, disunatkan untuk mengunakan kapas dan dicalitkan ke dalam faraj untuk memastikan darah benar-benar kering. Jika masih terdapat darah, ia bermakna haid atau nifas masih ada dan tidak perlu mandi sehingga ia benar benar kering.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • benda yang wajib dilakukan sebelum mandi hadas besar wanita haid
  • adab mandi hadas besar
  • boleh ke manji wajib keluar air mani dengan sengaja sedangkan masih haid
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

4 Comments

  1. Wanita yang sangat bermasalah September 12, 2016
    • admin September 12, 2016
      • Wanita yang sangat bermasalah September 13, 2016
        • admin September 21, 2016

Add Comment