Air Mazi Wanita

December 6, 2011 · 0 comments

in Pendidikan

Air Mazi Wanita

AIR mazi wanita/perempuan ialah cecair yang keluar ketika wanita itu ghairah dan cecair itu ialah lelehan daripada faraj, pundi bartholin dan pundi vestibule yang terletak di permukaan ‘vulva’ atau bahagian antara bibir kecil.

Air mazi boleh keluar ketika perempuan itu membaca buku romantis atau menonton adegan mengghairahkan seperti, pasangan sedang bercumbuan dan bersentuh. Bagaimanapun, air mazi tidak membatalkan puasa seseorang. Air mazi adalah najis. Ia perlu dibasuh jika terkena pada pakaian sebelm melakukan solat atau ibadat.

air mazi wanita

Bentuk Air Mazi Wanita

Ia lebih berbentuk kepada lelehan atau cairan berlendir. Fungsi utamanya ialah sebagai pelincir bagi memudahkan kemasukan zakar ke dalam faraj. Ia akan dihasilkan secara automatik apabila terdapat rangsangan seksual samada menerusi perlakuan ataupun menerusi rasangan minda apabila menonton video erotis atau membaca buku erotis.

Air Mani Wanita

Air mani pula ialah cecair yang keluar akibat rangsangan anggota syahwat dengan tangan iaitu menyentuh klitoris atau keseluruhan vulva atau dengan merangsangkan pembukaan kemaluan dengan alat penggetar. Ia keluar menerusi skene’s glands( rujuk rajah).

Cecair yang keluar itu kadangkala meleleh dan jarang sekali memancut. Namun, sesetengah wanita mempunyai kemampuan untuk memancutkan air mani mereka. Air mani perempuan tiada benih (air mani lelaki mengandungi benih atau sperma) dan lelehan itu datang dari pundi para urethral dan semacam air kencing dan kadangkala berbau seperti air kencing tetapi bukan air kencing.

Jika perempuan mencapai kemuncak dan ada lelehan dari kemaluannya, itulah air mani dan jika pengeluarannya berlaku, ia membatalkan puasa.

Air Mazi Wanita

Penerangan gambar diatas:

1.Klitoris adalah bahagian paling sensitif wanita.

2. Labia Minora ialah bahagian kulit yang menutup lubang faraj.

3. Uretra adalah lubang saluran air kencing wanita.

4. Skene Glands adalah lubang pengeluar air mani wanita.

5. Vagina adalah lubang kemaluan wanita. Ia adalah saluran untuk kemasukan zakar lelaki dalam penghubungan seksual.

6. Bartolin Glands adalah tempat air mazi keluar. Jika berlaku rangsangan seksual, ia akan bertindak balas untuk merempes cairan untuk memudahkan kemasukan zakar jika dalam hubungan seks.

Air Mani Wanita Vs Air Mazi Wanita

Apakah perbezaan ketara diantara kedua dua air ini?

1. Air mani keluar ketika puncak seksual (klimaks) manakala air mazi keluar jika terdapat rangsangan seksual.

2. Pengeluaran Air mani membatalkan puasa dan perlu mandi wajib manakala pengeluaran air mazi wanita tidak membatalkan puasa, namun ia perlu dibersihkan kerana ia adalah najis.

3. Air mani wanita tidak najis manakala air mazi wanita adalah najis.

4. Pengeluaran air mani diwajibkan untuk mandi wajib manakalan pengeluaran air mazi tidak perlu melakukan mandi wajib.

Kami berhadap anda boleh membezakan dengan baik apakah perbezaan ini. Ia penting kerana ia penting dan boleh mempengaruhi ibadat kita. Jika berlaku pengeluaran air mazi dan terkena pada pakaian, ia menjadikan pakaian tersebut tidak boleh digunakan untuk bersolat.

Jika berlaku pengeluaran mani, kita diwajibkan untuk mandi wajib terlebih dahulu sebelum mengerjakan ibadat seperti solat dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan Air Wadi?

Air wadi pula ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang berat atau kepenatan. Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • bentuk kemaluan wanita
  • air mazi
  • air mazi perempuan
  • air mazi wanita
  • gambar kemaluan wanita melayu
  • Imej kemaluan wanita
  • gambar kemaluan perempuan
  • gambar bentuk faraj wanita
  • bentuk kemaluan perempuan
  • gambar lubang vagina

Leave a Comment

Previous post:

Next post: