Apa Wanita Perlu Tahu Untuk Mula Bisnes Online

Pada hari ini ramai orang berkata nak cari duit dengan bisnes online. Jadi apa yang sebenarnya bisnes online ini? Bagaimana ia berfungsi? Bagaimana nak bermula? Berapa modal bisnesn online? Dan banyak lagi pertanyaan yang akan menerjah fikiran.

Apa Yang Perlu Tahu Untuk Mula Bisnes Online?

bisnes online

Bisnes online atau perniagaan atas talian ini sebenarnya satu bentuk perniagaan yang mengunakan internet untuk menjual. Konsepnya sama seperti perniagaan diluar sana, cuma ia mengunakan internet untuk berurusan jual beli dan mengunakan platform internet untuk berniaga.

Mahal ke?

Ia bergantung kepada apa yang anda nak buat atau nak jual. Ada juga yang boleh bermula secara percuma sahaja tanpa perlu simpan stok mahupun beli stok. Namun, admin akan cuba menerangkan apa yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan ini dengan kos yang paling rendah.

  1. Produk/Perkhidmatan
    Paling utama ialah anda perlukan produk atau perkhidmatan untuk anda jual di internet. Produk bergantung kepada anda. Buat permulaan, saya sarankan untuk belajar menjual produk yang anda rasakan mudah untuk dijual. Produk juga boleh didapati dengan cara dropshipping. Keuntungan menerusi produk dropshipping ini biasanya diantara RM10 ke ratusan ringgit bergantung kepada harga produk. Lebih mahal produk, mungkin lebih banyak keuntungan yang anda perolehi. Lebih mahal produk, lebih sukar ia dijual. Antara laman web yang menawarkan dropshipping ialah www.dropshipmalaysia.my, www.dropship.net.my dan banyak lagi. Anda boleh google “dropship malaysia” untuk senarai pelbagai laman web yang menawarkan peluang dropshipping.
  2. Laman Untuk Menjual
    Perkara kedua ialah platform untuk anda menjual. Anda yang mengunakan blog, facebook fanpage, instagram, twitter dan banyak lagi. Anda boleh pilih platform manakah yang sesuai untuk bisnes online anda. Anda boleh buat sendiri atau mengupah orang untuk membangunkan laman e-commerce anda sendiri. Paling murah ialah mengunakan fanpage dan instagram kerana ianya percuma.
  3. Pemasaran
    Ini anda perlu mencari mentor atau guru untuk membimbing anda. Untuk setup sesebuah bisnes online sangat mudah, namun untuk menjual itulah yang paling sukar. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu seperti emel marketing, copywriting, pengiklanan dan sebagainya. Kini sudah banyak buku, ebook, seminar dan bengkel dilakukan oleh mereka yang berpengalaman untuk membantu peniaga baru seperti anda. Cari mereka yang terbukti dalam membantu pelajar mereka untuk berjaya. Anda boleh pilih platform  manakah yang anda ingin gunkan. Jika fanpage, anda perlu belajar dalam copywriting dan juga FB ADs.

Jika anda menguasa 3 perkara ini, anda akan berjaya dalam perniagaan online anda. Bisnes online anda akan berkembang dengan baik jika anda menjalankan dengan betul. Dengan adanya mentor atau guru, ia akan membimbing anda ke arah yang betul dan kejayaan akan menjadi milik anda.

Kini impian untuk anda menjana wang online dari rumah tidak lagi menjadi angan angan kosong. Anda boleh lakukannya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • bisnes online
  • masalah wanita bisnes
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

Add Comment