Bersolek Selepas Berwuduk Mengikut Ustaz Haslin

Artikel ini disalin daripada Harian Metro berkenaan pandangan Ustaz Haslin berkenaan wanita yang bersolek selepas mengambil wuduk untuk bersolat. Belum solat lagi, tapi terus bersolek sebelum bersolek. Ikuti pandangan Ustaz Haslin Bollywood berkenaan isu ini:

bersolek

Apakah hukumnya seorang wanita mengambil wuduk, kemudian memakai mekap ke wajah sebelum menunaikan solat?

MIA, KL

Hukum berwuduk adalah wajib ketika hendak melakukan solat dan beberapa ibadat lain seperti tawaf dan memegang al-Quran. Ia disunatkan untuk dijaga pada bila-bila masa, kecuali uzur.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kalian hendak mengerjakan solat, cucilah wajah kalian dan tangan kalian sampai dengan siku, dan usaplah kepala kalian dan (cucilah) kaki kalian sampai pada kedua mata kaki.” (Surah al-Maidah, ayat 6)

Hukum mekap wajah adalah harus selagi mengikut batas syarak dan tidak terlampau berlebihan. Justeru mekap yang dikenakan selepas berwuduk ketika hendak menunaikan solat adalah diharuskan dan sah wuduk berserta sah solatnya selagi mekap berkenaan tiada unsur najis yang boleh membatalkan solat.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab saudari mencari mekap yang boleh digunakan untuk solat.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51395#sthash.mOakENrB.dpuf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • boleh pakai bedak lepas berwuduk
  • hukum bersolek sebelum menunaikan solat
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

Add Comment