Cara Bisnes Dropship Untuk Wanita dan Surirumah

Kuasa beli dalam perniagaan online sangat bergantung kepada wanita. Malah kita juga boleh memulakan perniagaan online secara dropship. Apakah yang dimaksudkan dengan dropship? Bisnes ini makin popular di kalangan wanita dan surirumah.

Dropship merupakan satu konsep perniagaan online yang tidak memerlukan modal dan juga menyimpan stok produk. Jadi kalau takde modal dan simpan stok boleh ke berniaga? Jawapannya boleh. Itulah bisnes dropship. Anda hanya perlukan gambar produk yang hendak dijual, contohnya shawl, tudung dan sebagainya.

Promosikannya di FB, Blog dan sebagainya. Jika ada pembeli, mereka akan membayarnya kepada anda. Kemudian anda akan membuat tempahan pada dropshipper dan mereka akan pos produk berkenaan bagi pihak anda. Inilah konsep bisnes dropshipping. Ia melibatkan anda, dropshipper dan juga pembeli.

Anda akan menerima wang tempahan produk daripada pembeli dan anda pula membuat tempahan pada dropshipper. Dropshipper inilah yang akan menghantarnya kepada pembeli. Contohnya anda menjual tudung bawal berharga RM80. Harga dropship bagi produk berkenaan adalah RM40. Jika ada pembeli membeli daripada anda, anda akan menerima keuntungan sebanyak RM40 daripada transaksi berkenaan.

bisnes dropship

Bisnes Dropship Sangat Sesuai Untuk Wanita dan Surirumah

Bisnes ini semakin popular di Malaysia. Malah kami juga melakukannya. 😛 .Namun adakah ia semudah itu? Tidak. Sebenarnya anda perlu tahu sedikit sebanyak tentang Pemasaran Internet. Ramai yang gagal kerana mereka tidak tahu bagaimana nak buatkan orang beli daripada mereka.

Bisnes Dropship bukan sekadar letak gambar kat FB, orang akan berduyun-duyun membuat tempahan daripada anda. Itu semua metos yang tidak benar sama sekali.

Apa yang boleh anda tahu ialah:

  1. Saluran untuk menjual – setiap saluran ini berbeza. Ada orang mengunakan Instagram, FB, Blog dan sebagainya untuk menjual. Tak tahu buat blog atau laman web? Anda boleh gunakan laman web yang sudah sedia ada untuk membeli seperti Mudah.my dan juga Lelong.my .
  2. Bagaimana Untuk Menerima Tempahan – Apa yang anda gunakan untuk menerima tempahan daripada pelanggan. SMS,Whatsapp, Telegram, Order Form dan sebagainya boleh digunakan. Paling mudah ialah SMS dan whatsapp. Namun anda perlu belajar bagaimana untuk close sale menerusi saluran berkenaan.
  3. Menerima Bayaran – Anda perlu anda akaun bank yang mempunyai perkhidmatan internet banking. Jadi anda boleh menyemak pembayaran yang dilakukan pelanggan dan juga membuat pembayaran kepada pihak dropshipper.
  4. Follow up – Setiap sms dan whatsapp berkenaan menunjukkan tanda mereka berminat untuk mendapatkan produk yang anda jual. Lakukan follow up dan berikan mereka tawaran yang sukar untuk mereka lepaskan.
  5. After sales – Simpan data pelanggan anda. Anda boleh gunakan data ini untuk menawarkan produk baru yang mungkin mereka berminat. Mereka sudah mengenali anda. Anda mungkin mendapat 3,4 sale lagi daripada mereka menerusi follow up dan juga tawaran baru.

Secara jujurnya. Banyak juga perkara teknikal yang perlu anda belajar. Namun ia tidak mustahil kerana sudah ada banyak panduan dan rujukan yang ditulis oleh usahawan tempatan untuk membantu usahawan baru menambah pendapatan mereka.

Malah sudah ramai yang berjaya mendapatkan pendapatan ribuan ringgit menerusi model bisnes dropship ini.

Di zaman yang sangat mencabar kini. Ia sudah menjadi satu keperluan untuk seorang mempunyai 2,3 pekerjaan untuk menampun keluarga terutamanya mereka yang menetap di bandar besar.

Semoga artikel kali ini memberi manfaat kepada anda. Jika anda ada soalan atau pertanyaan, boleh komen dibawah. Kami akan cuba jawab soalan anda sekadar yang kami termampu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

No Responses

Add Comment