Cara Diet Cepat dan Berkesan Buat Wanita

Wanita merupakan insan yang unik. Kebanyakan daripada wanita seorang yang senang “naik” berat badannya. Apabila mengandung sahaja, pastinya berat badan akan terus melambung seiring dengan usia kandungan. Yang peliknya, lepas bersalin beratnya masih tidak turun malah makin bertambah.

Anda ada masalah sebegitu? Anda berada di tempat yang betul.

Cara Diet Cepat dan Berkesan Buat Wanita

Setiap manusia tidak kira lelaki mahupun wanita memerlukan tenaga dimana ia dihasilkan daripada pemakanan individu berkenaan. Ia adalah kalori. Kalori ini akan dibakar oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Jika tidak digunakan, ia disimpan sebagai lemak.

Bagaimana nak buang lemak tu? Kena sedut kah?

Ops ops.. Lemak memang boleh disedut dan dibuang menerusi pembedahan plastik. Namun sebenarnya ia boleh membahayakan kesihatan kerana kehilangan lemak secara drastik dari badan. Ia boleh mengundang penyakit lain seperti sakit jantung dan strok.

Namun ada cara yang selamat untuk membakar lemak di badan kita. Ia adalah berdiet. Apakah maksud diet sebenarnya? Ia adalah cara pemakanan kita. Kita memerlukan diet yang seimbang iaitu pemakanan yang seimbang.

Terdapat beberapa kaedah diet atau kaedah pemakanan telah dikaji dan ada diantaranya boleh membantu dalam mengurangkan kandungan lemak dalam badan dan seterusnya menguruskan badan. Ia dihasilkan menerusi kajian saintifik. Namun anda perlu membuat persediaan zahir dan batin untuk menguruskan badan dengan cara yang betul.

Pil Kuruskan Ado.. Kenapa susah-susah..

Tuttt… Ada sedang mencari bala. Kebanyakan pil kurus dihasilkan daripada bahan aktif yang boleh meningkatkan metabolisme badan anda untuk membakar lemak dengan cepat. Ia juga menyebabkan jantung anda mengepam darah secara tidak normal dan boleh menyebabkan berlakunya strok, serangan jantung dan darah tinggi. Kau nak?

Selain tu, buah pinggang juga boleh rosak dek bahan bahan aktif berkenaan walaupun ia dikatakan dihasilkan daripada buah,sayur mahupun herba. Ia diekstrak daripada buah, sayur dan herba dan menghasilkan sebatian yang mempunyai dos yang tinggi daripada sepatutnya yang boleh diterima oleh badan secara semulajadi.

Ini cara betul jika anda nak kurus secara selamat dan semakin sihat.

  1. Anda wajib belajar tentang nutrisi. Anda perlu tahu setiap makanan yang anda makan mempunyai kalori sekian mana. Yang penting kurangkan pengambilan makanan mempunyai karbohidrat yang tinggi seperti nasi dan benda berkanji. Begitu juga makanan dan minuman yang bergula.
  2. Jangan “skip” sarapan, makan tengahari dan makan malam. Jangan pulak melantak makan. Makan pada kadar yang perlu mengikut kalori yang diperlukan badan. Disinilah ilmu nutrisi memainkan peranan.
  3. Banyakkan minum air kosong. Sekurang kurangnya 8 gelas sehari yang disarankan oleh pakar pemakanan.
  4. Perlu ada aktiviti fizikal seperti bersenam dan bersukan. Bersenam membantu otot membakar lemak dengan lebih banyak. Tak pun naik tangga dan juga berjalan kaki ke destinasi yang dekat. Kalau jauh naik lah kenderaan. Berjalan kaki juga adalah satu cara paling mudah untuk bersenam. Maklumlah nak jogging dah semput, tiada stamina. Senaman juga mengelakkan kulit mengeleber jika anda sudah kurus nanti.

Jika anda serius nak kurus. Ini adalah cara diet cepat dan berkesan untuk anda cuba.

Berdiet Bukan Bermaksud Tidak Makan Langsung! Itu menyeksa badan namanya. Berdiet ialah makan pada kuantiti dan masa yang betul.

Inilah salah anggap kebanyakan daripada kita. Bila kawan kita tak makan… “Ala.. Berdiet la tu..” That’s wrong babey. Anda berdiet perlu makan. Badan kita perlukan tenaga, cuma kita hadkan dan berikan masa untuk badan untuk membakar lemak yang terhasil. Kena ingat kalori daripada makanan yang kita makan itulah yang menjadi lemak.

cara diet cepat

Contoh diet untuk kurus..

Sarapan : 2 keping wholegrain dan telur. Air masak atau teh hijau ( teh hijau adalah booster pembakar lemak semulajadi)

Minum pagi (10Am) – 1 biji epal

Tengahari – 1 gengam nasi. Bukan seperiuk ya.. banyak sayur,buah dan lauk seperti ayam,ikan dan daging. Kurangkan karbohidrat.

Minum petang – Kunyah kacang kalau rasa lapor sangat. Jangan seguni plak. Minum ayor masak.

Makan Malam (6.pm) – Makan makan berprotein seperti ayam, daging. Oat pun boleh. Kurangkan makanan berminyak, masin dan bergula tinggi. Minuman berkarbonat, lupakan terus daripada diet harian anda.

Ia terpulang kepada individu. Boleh dikatakan 80% usaha untuk kurus adalah daripada pemakanan dan selebihnya ialah senanam. Tak guna jika anda bersenam setiap hari tapi makan tak jaga. Makan tak ingat tambah 2,3 pinggan.

Elakkan juga makan tengah malam. Perut juga perlu berehat. Minum banyak air masak untuk mengurangkan rasa nak makan.

Paling Penting!!!!!! ialah kesabaran. Sabar dari makan banyak, sabar dalam bersenam. Tak mungkin kita boleh kurus 100kg kepada 50kg dalam masa 1 minggu. Ia perlukan masa dan juga usaha. Inilah cara diet cepat yang boleh anda lakukan.

All the best dalam perjuangan menurunkan berat badan.

P/s: Jika anda perlukan panduan, anda boleh dapatkan Ebook Formula Kurus . Hanya RM47. Ia menyediakan langkah yang betul dalam menguruskan badan dengan berkesan. Klik Sini Untuk Dapatkannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

Add Comment