Female Ejaculation-Mencapai Kenikmatan Tertinggi Seksual Wanita

December 17, 2011 · 0 comments

in Seksual

Thumbnail image for Female Ejaculation-Mencapai Kenikmatan Tertinggi Seksual Wanita

Ini merupakan satu artikel yang menarik yang saya ambil daripada harian metro berkenaan female ejaculation yang ditulis oleh Dr. Ismail Thamby.

female ejaculation

Berikut adalah artikel berkenaan.

SEORANG isteri pernah memaklumkan kepada saya yang dia tidak menikmati hubungan seks dengan pasangannya. Ini kerana dia tidak merasa pancutan air mani pasangannya di dalam faraj.

Masalah ini sering terjadi kepada wanita dan isteri di luar sana.Bagaimanapun, mereka perlu faham masalah pasangan terlebih dulu.

Hakikatnya, ereksi berlaku ketika lelaki teruja seksual. Dalam keadaan begitu, lelaki memasukkan ereksi ke dalam faraj dengan bantuan isteri, iaitu menghalakan ereksi ke pintu faraj dan melegakan pembukaan faraj untuk memudahkan kemasukannya.

Ketika wanita dalam perasaan teruja, darah masuk dengan banyak ke dalam anggota kelamin dan keseluruhan bahagian dalaman. Mukosa faraj menebal dan mencurahkan rembesan untuk memudahkan gerakan zakar dalam faraj.

Memandangkan bahagian luar faraj mengandungi banyak urat saraf, wanita mudah merasa geselan zakar kepada bibir besar dan kecil dan juga ke klitoris.

Jika mahukan geselan lebih intim, wanita boleh menukar posisi punggung supaya geselan zakar ke dalam faraj yang lancar menyentuh bahagian yang dia inginkan.

Wanita juga boleh memberi arahan kepada pasangan untuk melakukan gerakan ereksi mengikut kehendaknya. Ini lebih baik daripada mendiamkan diri dan menerima gerakan ereksi dalam faraj tanpa menghayati keseronokan.

Jika mahu merasa ereksi suami dengan padat, isteri boleh mengemut corong faraj supaya suami merasai kesempitan faraj dan isteri dapat menikmati geselan pada keseluruhan corong faraj.

Apabila suami mencapai ejakulasi, zakarnya kembang dan kuncup semula mengikut rentak pancutan air mani. Jika air mani panas, tentu anda dapat merasa kepanasan di pintu dan di luar faraj apabila ia keluar.

Jarang dan hampir tiada perasaan apa-apa dirasa isteri apabila ejakulasi berlaku? Rasa dimaksudkan ialah ejakulasi memancut ke dinding. Ini mungkin kerana mukosa dinding faraj tebal dan terasa panas, lalu sukar mengecam pancutan air mani.

Namun sebilangan kecil wanita mengakui merasa pancutan ejakulasi suami sekali sekala. Ramai wanita tidak pernah merasa ejakulasi suami, tapi melihat suami dalam keadaan ‘seronok’ ketika klimaks sudah mencukupi untuk mereka.

Saya cadangkan anda membaca buku saya bertajuk ‘Wanita, Isteri dan Rahsia Seksual’ keluaran Telagabiru untuk mengetahui rahsia seksualiti anda sebagai wanita.

Banyak nikmat yang wanita boleh kecapi dalam hubungan intim seksual dengan suami. Anda perlu tahu bahagian tubuh yang merangsang anda dan pastikan dapat sentuhan dan belaian di bahagian itu daripadanya.

Klitoris adalah paling sensitif dan mudah mengghairahkan wanita apabila bahagian itu disentuh mengikut kesukaan isteri. Geselan zakar ke langit faraj juga membantu merangsang bahagian itu yang kadangkalanya membuatkan wanita seperti mahu membuang air kecil.

Perasaan ini mungkin petanda wanita mahu klimaks dan jika diteruskan, air yang keluar daripada faraj adalah ‘air mani’ wanita atau ‘female ejaculation’.

Anda masih muda dan perlukan banyak maklumat dan kerjasama suami. Teruskan perjuangan hidup bersama suami dengan penuh yakin.

Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • perempuan pancut
  • perempuan pancut air mani
  • pancutan perempuan
  • perempuan pancut air
  • wanita pancut air mani
  • perempuan pancut air mazi
  • gambar pancut air mani
  • cara wanita pancut air mani
  • gambar perempuan pancut
  • air pancut wanita

Leave a Comment

Previous post:

Next post: