Hukum Berkhatan/Bersunat Bagi Wanita

Berkhatan diwajibkan keatas seorang lelaki.Ia menjadi amalan umat Islam di seluruh dunia. Bagaimana pula dengan bersunat atau berkhatan ini bagi wanita?

bersunat

Apakah Hukum Berkhatan/Bersunat Bagi Wanita?

Inilah menjadi persoalan ramai orang. Malah ada diantara kita yang mempertikaikan masalah ini. Amalan ini mula ditinggalkan oleh masyarakat moden kita hari ini. Dunia Barat menentang  Female Genital Mutilation (FGM). Malah ada dikalangan orang Islam sendiri menentang tanpa sebarang usul periksa. Amalan di sesetengah negara terutamanya di Afrika berbeza dengan amalan di Malaysia.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Fitrah (sifat semula jadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.” (Bukhari, Muslim)

Di Afrika, keseluruhan faraj dipotong yang menyebabkan satu peniayaan kepada kaum wanita. Berkhatan untuk wanita pada asalnya adalah untuk mengawal nafsu wanita yang terlalu tinggi. Namun, jika ia membawa mudarat. Ia boleh ditinggalkan.

Majlis Fatwa memutuskan hukum berkhatan/bersunat bagi wanita adalah wajib. Namun, jika ia membawa mudarat ia dibolehkan untuk ditinggalkan.

Fatwa Berkenaan Hukum Berkhatan/Bersunat bagi Wanita boleh dibaca menerusi laman web Majlis Fatwa Kebangsaan.

Amalan Berkhatan/Bersunat di Malaysia

Bagi sesetengah negara, kemaluan wanita dibuang sepenuhnya. Ia sebenarnya bertentangan dengan hukum Syarak dimana hanya pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj bagi perempuan. Ia sangat kecil sebenarnya. Ianya berbeza dengan berkhatan bagi lelaki dimana kulit yang menutupi kepala zakar dipotong sepenuhnya.

Ibn Hajar Al-Asqalani menyifatkan khatan untuk wanita adalah dengan memotong kulit yang menutupi klitoris tanpa membuang keseluruhannya. Muhammad Ali Qutub juga menyebut kawasan yang sama yang dibuang semasa dikhatankan di mana kulit itu disebut sebagai fresulum.

Amalan berkhatan bagi wanita di Malaysia biasanya dilakukan kepada bayi atau kanak kanak yang masih belum berakal. Ia adalah untuk mengelakkan perasaan malu pada kanak kanak berkenaan. Sebagai ibu bapa, kita diwajibkan untuk khatankan anak perempuan untuk melindunginya.

Dimana untuk berkhatan/bersunat?

Anda boleh khatankan di klinik klinik swasta yang berkenaan. Jangan sesekali khatankan sendiri kerana ia mungkin mengundang kecederaan pada anak anda. Di hospital atau klinik menjalan proses khatan dengan cara yang selamat dan bersih.

Apa yang terjadi jika diabaikan?

Menurut Ustaz Azhar Idrus, meninggal amalan bersunat/berkhatan ini menyebabkan anak anak kita menjadi buas dan mempunyai nafsu yang tidak terkawal. Ini yang mendorong pelbagai masalah sosial seperi seks bebas, buang bayi, seks luar nikah dan sebagainya.

Kelebihan Bersunat/Berkhatan

Dengan amalan berkhatan, nafsu buas ini dapat dikurangkan. Malah amalan berkhatan di Malaysia langsung tidak memudaratkan wanita. Selain itu ia boleh meningkatkan kepuasan wanita ketika bersama dengan pasangan kerana kulit yang menutupi klitoris telah dibuang semasa bersunat. Ini memberikan rangsangan yang lebih kepada bahagian tersebut.

Bagi lelaki yang berkhatan pula, ia dapat mengelakkan berlakunya jangkitan kuman pada pasangan dan juga mengurangkan risiko penyakit kanser serviks pada wanita. Selain itu ia juga memberikan kenikmatan yang lebih kepada lelaki yang bersunat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • kelentit tak sunat
  • kelentit melayu tak sunat
  • kelentit
  • kelentit melayu
  • beza faraj bersunat
  • sunat kelentit
  • kelentit apa
  • beza perempuan sunat dan tidak
  • beza perempuan bersunat dan tidak bersunat
  • perempuan bersunat

2 Responses

  1. Ana 3 years ago
  2. daus 1 year ago

Add Comment

Social Widgets powered by AB-WebLog.com.