Hukum Isteri Mencium Jenazah Suami

Apabila seorang isteri kematian seorang suami. Bolehkan isteri mencium jenazah suami sebagai tanda kasih sayang. Ini dibincangkan oleh Ustaz Haslin berkenaan isu ini. Walaupun ia sebaliknya.

hukum isteri cium jenazah suami

kredit: blogammar.com

Apakah hukum si suami memberi ciuman kepada si isteri ketika saat akhir si isteri dikafankan? Maksud saya, selesai si mati dimandikan dan dikafan, hanya tinggal muka sahaja belum dikafankan kerana memberi peluang kepada anak si mati memberi ciuman terakhir.

ABDULLAH,Kuching

Ciuman mempunyai maksud kasih sayang atau tanda hormat. Oleh itu tidak mengapa mencium jenazah selagi mana jenazah itu adalah mahramnya dan antara suami terhadap jenazah isteri atau sebaliknya.

Sepakat ulama bahawa wuduk jenazah tidak terbatal kerana terangkatnya taklif kepada jenazah.

Ciuman kepada jenazah sering dilakukan Rasulullah yang diriwayatkan Saidatina Aisyah RA; “Bahawa aku melihat Rasulullah mencium Uthman bin Maz’un apabila beliau meninggal dan aku melihat linangan air mata baginda.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Tidak digalakkan memberikan ciuman berulang-ulang kali. Larangan seperti ini biasanya dirujuk kepada budaya masyarakat melayu.

Jika ingin melakukan, biarkan penuh dengan adab dan sopan. Bukan menjadi tontonan orang ramai yang menziarahi jenazah.

Mungkin boleh memberikan ciuman terakhir ketika jenazah masih di rumah dalam keadaan yang tidak menjadi tontonan.

Tidak sopan dalam kalangan orang ramai yang sibuk menguruskan jenazah, kelihatan isteri memberikan ciuman terakhir kepada jenazah suami. Bukan sahaja jenazah, pasangan suami isteri juga tidak sopan apabila berciuman dihadapan orang ramai.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102615

Daripada penerangan berkenaan, maka kesimpulannya isteri mencium jenazah suami dibolehkan. Seeloknya ketika tidak dilihat oleh orang ramai. Selain itu, tidak boleh mencium berkali kali. Sekali sudah memadai bagi ciuman selamat tinggal.
Namun ia terhad kepada mahram kepada si mati. Andainya bukan mahram ingin mencium jenazah tidak dibenarkan.
Jadi tidak batal wuduk jenazah?

Jawapannya sudah tentu tidak batal. Pertama sekali kita mesti tahu bahawa orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat). Ini adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat adalah tempat meraih kehidupan kekal abadi).

Maka bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu batal sedangkan dia sudah tidak ada hukum lagi?

Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk. Maka wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis itu.

Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah yang mati.

Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu.

Tapi, jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu, batallah wuduknya.

Contoh, suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka suami tidak batal, yang batal adalah si isteri.

Rujukan -Kitab kifayatul muhtadi (Pengajian Dibawa oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah )

link : www.blogammar.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • hukum istri mencium jenazah suami
  • hukum mencium jenazah
  • suami mencium istri yg telah meninggal
  • hukum hakam suami
  • hukum mencium jenazah isteri
  • hukumnya mencium mayat
  • istri mencium mayat suami boleh gak ??
  • boleh atau tidak isteri mencium jasad suami
  • Mencium jenazah no mahram
  • hukum suami mencium jenazah istri
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

Add Comment