Hukum Melakukan Seks Sebelum Mandi Wajib

Haid merupakan keadaan semulajadi wanita yang subur. Ia berlaku setiap bulan dan wanita diberi kelonggaran untuk tidak bersolat atau berpuasa apabila berlakunya haid. Bagaimana pula suami meminta untuk bersama ketika haid? Jawapannya isteri boleh menolaknya dan tidak berdosa.Kenapa ianya dilarang?

Dalam kitab fekah mengatakan jika isteri anda sedang haid anda dilarang /haram untuk melakukan jimak.Ini kerana pada masa tersebut bahagian faraj isteri amat sensintif untuk menerima sebarang tusukan termasuk zakar.
seks-sebelum-mandi-wajib
 Imej: Happykado.com
Implikasinya saluran rahim akan cepat rosak dan berkemungkinan akan dapat sakit barah rahim,sebab itulah Allah mengharamkan untuk para suami melakukan jimak dalam tempoh tersebut.
Bagaimanapun  islam  mengharuskan untuk para suami  beristimtak di luar faraj dengan cara berlapik,malah ada ulamak mengharuskan para isteri melancap zakar suami sehingga keluar mani dengan syarat tangan isteri dan suami diharamkan melancap zakar menggunakan tanganya sendiri.

Bagaimana pula hukum melakukan seks sebelum mandi wajib?

Hukum bersama isteri yang baru kering haid tetapi belum mandi adalah haram.Ini kerana faraj dan badan beliau  belum lagi suci disebabkan  beliau belum angkat hadas besar /mandi wajib.Jika sudah terbuat maka mohon segera bertaubat nasuha kepada Allah SWT disebabkan kealpaan anda.
Perlu panel nyata  dan tegaskan bahawa apabila  darah haid  isteri   anda  sudah dipastikan kering maka mandi wajiblah dahulu sebelum melakukan jimak .Perkara ini merupakan ketetapan dalam hukum fekah seperti yang telah dinyatakan dalam kebanyakan ulamak dalam bidang berkaitan.
Menurut jumhur ulamak (merangkumi mazhab Syafiie, Maliki dan Hanbali); Tidak harus suami mensetubuhi isterinya yang telah kering haid melainkan setelah ia mandi terlebih dahulu. Firman Allah (bermaksud); “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum ) haid. Katakanlah: ‘Darah haid itu satu benda yang (menjijikan dan) mendatangkan mudarat’, Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci” (Surah al-Baqarah, ayat 222). Maksud “sebelum mereka suci” dalam ayat ini –menurut jumhur ulamak- ialah; “Sebelum mereka bersuci dengan mandi wajib”.

Sebahagian ulamak (iaitu Imam Mujahid, Ikrimah, Tawus dan Abu Hanifah) mengharuskan jimak apabila sahaja kering darah haid (yakni sekalipun belum mandi wajib). Imam Mujahid, Ikimah dan Tawus mensyaratkan; hendaklah isteri mengambil wudhuk terlebih dahulu sebelum jimak. Adapun Imam Abu Hanifah; ia mengharuskan jimak sebelum mandi jika haid itu berhenti setelah tempoh haid paling lama (iaitu 10 hari menurut pandangannya). Jika haid datang kurang dari 10 hari, tidak harus jimak melainkan setelah mandi terlebih dahulu atau dengan masuk waktu solat.

Jadi melakukan seks sebelum mandi wajib hukumnya adalah haram. Islam menitik beratkan menjaga kebersihan dalam setiap urusan. Jika belum mandi hadas atau mandi wajib, wanita masih lagi belum suci. Jika ada permintaan daripada suami, mandi wajib terlebih dahulu sebelum menerima ajakan suami untuk bersama. Tak lama pun untuk mandi wajib terlebih dahulu.
Boleh share jika rasakan ia  bermanfaat kepada orang lain!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • hukum bersetubuh sebelum mandi wajib haid
  • suami ada mandi wajib
  • hukum bersetubuh sebelum mandi wajib
  • bolehkah bersetubuh sebelum mandi wajib
  • kitab hukum jimak
  • Jimak seb
  • hukum bersetubuh sebelum mandi hadas haid
  • hukum bersetubuh sebelum mandi hadas besar
  • hukum bersama sebelum mandi wajib
  • hukum berjimah sebel mandi
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

Add Comment