Hukum Nikah Gantung/Khitbah

Hukum Nikah Gantung atau Khitbah ini ditanya kepada Ustaz Haslin di Harian Metro. Apakah sebenarnya nikah gantung di sisi Islam? Ikuti penerangan oleh 3 orang ustaz berkenaan isu ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan nikah gantung? Apakah hukumnya dan cara pelaksanaannya?

AZRIL, Raub, Pahang

Hukum nikah gantung adalah sah selagi menepati rukun nikah iaitu suami, isteri, saksi, wali dan akad.

Pada adat Melayu, mereka menikahkan pasangan lelaki dan perempuan tetapi tidak diizinkan bersama atas sebab tertentu yang dibenarkan syarak berdasarkan kemampuan pasangan melaksanakan tanggungjawab.

Nikah gantung bolehlah diistilahkan nikah khitbah seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika menikahi Aisyah RA.

Perkara ini dinyatakan dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: “Bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah mengahwini Aisyah sedang (ketika itu) ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi Muhammad apabila ia berumur sembilan tahun.”

Ini bukanlah tujuan asal nikah, al-jamu’ iaitu kumpul atau bersama lelaki dan perempuan sebagai suami dan isteri.

Sebagaimana sedia maklum, perkahwinan adalah tanggungjawab antara suami isteri.

Sebagai contoh, suami perlu memberi mahar kepada isterinya, selagi tidak diberikan mahar kepada isterinya maka isteri mempunyai hak untuk melarang suaminya menyetubuhinya.

Nikah gantung menyebabkan tanggungjawab suami tidak menjadi berat. Antara tujuan nikah gantung ialah untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan sebagaimana yang dihalalkan oleh suami isteri kecuali berjimak.

Namun jika terlanjur pula, tidak menjadi salah atau berdosa. Berbanding mereka yang semata-mata bertunang, pasti berdosa ketika keluar berdua-duaan. Wallahualam.

Harian Metro

Kesimpulan nikah gantung adalah satu kemudahan untuk orang islam untuk menghalalkan apa yang dihalalkan oleh suami isteri. Dalam adat melayu, mereka yang nikah gantung dilarang untuk bersama atau berjimak. Andainya mahar tidak diberikan oleh suami kepada isteri, isteri mempunyai hak untuk melarang suami menyetubuhinya.
nikah_gantung
Adakah boleh jimak? Boleh kerana perkahwinan berkenaan adalah sah. Berikut adalah penerangan Ustaz Azhar Idrus berkenaan nikah gantung.

Berikut adalah penerangan daripada Ustaz Kazim Elias.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • nikah khitbah ustaz kazim
  • nikah khitbah
  • nikah gantung
  • hukum nikah gantung ustaz azhar idrus
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

2 Comments

  1. nina ramli June 12, 2016
    • admin June 13, 2016

Add Comment