Hukum Oral Seks Diantara Suami Isteri

December 7, 2011 · 0 comments

in Agama

Hukum Oral Seks

Oral seks atau perbuatan menjilat, menghisap kemaluan pasangan ini sering ditanya. Adakah ia dibenarkan dalam Islam? Terdapat perbezaan perdapat diantara ulamak pelbagai mazhab berkenaan Hukum Suami Menjilat Kemaluan Isteri dan Isteri Menghisap Kemaluan Suami ini.

Jadi apakah hukum oral seks ini?

Sesetengah ulamak menyatakan hukum oral seks adalah harus tetapi dengan syarat pasangan tidak boleh menelan cecair yang keluar daripada kemaluan tersebut.

Sesetengah ulamak pula menyatakan hukum oral seks adalah haram kerana mulut adalah tempat Al-Quran.

Hukum Oral Seks Adalah Harus

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Dalil yang Menharamkannya

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,

“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Kesimpulan

1. Hukumnya harus jika tidak menelan cecair dari kemaluan. Ia akan menjadi haram jika menelan air daripada kemaluan tersebut kerana air mazi adalah najis.

2. Hukumnya harus jika ia benar benar perlu bagi menjaga kesejahteraan keluarga seperti ketidakpuasan seksual. Ia adalah untuk mengelakkan berlakunya penzinaan akibat ketidakpuasan seksual.

3. Jika boleh dielakkan sahaja, namun jika ia diperlukan untuk kepuasan suami isteri, ia dibolehkan.

 

suami-isteri/">
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • www masalahwanita com
  • menjilat faraj
  • hukum menjilat faraj
  • hukum oral seks suami isteri
  • hukum oral seks
  • hukum seks oral
  • mandi bogel suami isteri
  • hukum tidur bogel suami isteri
  • hukum mandi bogel suami isteri
  • boleh ke suami manti telanjang dengan isterhi

Leave a Comment

Previous post:

Next post: