Jerebu : Tips Memilih Topeng Muka Terbaik

Keadaan jerebu kali ini semakin teruk. Jemur baju berbau asap. Keluar rumah rasa nak semput pun ada. Seeloknya jika keluar daripada rumah, pakai topeng muka atau mask. Tetapi topeng muka macamana yang sebenarnya boleh melindungi kita daripada menyedut secara terus jerebu di luar ini?

Di kedai-kedai hari ini banyak ada menjual surginal mask iaitu topeng muka kain yang seringkali digunakan oleh doktor dan jururawat di hospital. Harga pula sekitar RM10 sekotak. Adakah ia dapat melindungi kita daripada bahaya asap jerebu ini? Owh..TIDAK!!

topeng jerebu

Dalam gambar diatas adalah 2 jenis mask yang ada dipasaran. Yang mana sebenarnya dapat melindungi diri kita daripada asap jerebu?

Topeng Jerebu Paling Sesuai?

Jawapanya ialah topeng muka N95. Bukan RON 95 ya. Saiz partikel asap jerebu adalah kira kira 2.5 mikron. Surgical mask tidak dapat menapis apa-apa. Ia hanya mengurangkan bau busuk dan melindungi muka daripada terkena sebarang cecair (doktor dan nurse guna). Ia bukan untuk menapis udara yang kita bernafas.

Topeng N95?

Topeng ini dihasilkan untuk menapis 0.1-0.3 mikron. Jadi 95% daripada partikel udara dapat ditapis. Jika anda seorang petani, topeng jenis ini juga dapat melindungi daripada terhidu kabus racun yang disembur pada tanaman anda.

Nampaknya rata-rata kita semua guna surgical mask untuk melindungi diri daripada asapĀ  ini. Rupanya ia langsung tidak membantu.

Antara lain ialah banyakkan minum air. Jika ada air kelapa atau limau, ia membantu kerana fungsi penawar dalam air kelapa dan juga vitamin C yang tinggi dalam jus limau.

Ketika ini, kurangkan aktiviti luar rumah. Pantau anak-anak agar tidak bermain di luar rumah kerana jerebu kali tidak menunjukkan tanda akan berkurangan walaupun hujan pada setiap petang. Malah akibat jerebu kali ini, matahari juga tidak kelihatan. Keadaan seolah olah mendung walhal tidak mendung tetapi ia disebabkan asap yang berkumpul diatas.

Bala Baru?

Mungkin. Satu per satu melanda negara kita. Matawang semakin merudum. Ekonomi semakin suram. Kuasa beli kita juga semakin kecil dengan GST yang dilaksanakan kerajaan. Mungkin ia satu lagi peringatan kepada kita dan pemimpin kita bahawa ALLAH maha berkuasa dan sebaik baik perancang. Kepada Nya kita berserah dan memohon perlindungan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

Add Comment