Khasiat Santan Untuk Kecantikan Rambut Wanita

Santan merupakan salah satu tonik kesuburan rambut yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Malah minyak kelapa dan minyak kelapa dara minyak rambut semula jadi yang terbaik sejak dulu lagi. Bahan asasnya ialah santan. Khasiat santan untuk meningkatkan kesuburan rambut tidak asing lagi.

Tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan rambut cantik dan sihat kerana bahan semula jadi yang ada di rumah mampu digunakan untuk tujuan itu.

khasiat santan

Santan bukan saja boleh digunakan dalam masakan harian, namun pada masa sama ia mempunyai banyak manfaat dan keistimewaan khusus untuk rambut.

Mengandungi protein dan zat besi yang bermanfaat dalam kesihatan, penggunaan santan antara kaedah terbaik yang mampu membantu dalam usaha mendapatkan rambut sihat serta cantik bersinar.

Antara kelebihan santan untuk mendapatkan rambut cantik:

-Mencegah rambut kusut

Menggunakan santan sebelum diratakan ke seluruh rambut dan balutkan rambut anda dalam tempoh satu jam. Lakukan kaedah ini sekurang-kurangnya sekali seminggu dan anda pasti tersenyum melihat hasilnya yang membuatkan rambut anda tidak kusut.

-Meningkatkan pertumbuhan rambut

Santan kelapa mengandungi lemak pati dan vitamin E yang membantu meningkatkan pertumbuhan rambut serta menjadikan rambut lebih cantik. Campurkan santan bersama minyak zaitun sebelum diratakan ke seluruh rambut selepas menggunakan syampu, hasilnya memukau dan mampu mengelak masalah rambut gugur.

-Mencegah kulit kepala kering

Kulit kepala kering dan bersisik tidak hanya menyebabkan masalah kelemumur, tetapi juga menyebabkan rambut rosak. Santan juga boleh dijadikan pelembap yang mempunyai lemak dan mampu membantu memperbaiki keadaan kulit kepala.

-Mengatasi kerosakan rambut

Sinaran matahari dan kualiti udara turut menyebabkan rambut dan kulit kepala menjadi rosak. Lumurkan santan pada kepala menjadikan rambut lebih kuat dan tidak mudah putus.

-Membuat rambut berkilau

Menambah madu pada santan dan dilumurkan pada rambut sekurang-kurangnya dua kali seminggu membuatkan rambut cantik berkilau dan sihat dari luar dan dalam.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

Add Comment