Mandi Wiladah-Adakah Ia Wajib Buat Wanita Bersalin?

Bagi wanita yang bersalin, ia adalah pertanyaan yang popular. Adakah beliau perlu mandi wiladah setelah bersalin? Kemudian sekali lagi mandi nifas setelah darah nifas kering. Wiladah bermaksud darah yang keluar dari rahim wanita sebelum melahirkan anak termasuklah keguguran walaupun ia segumpal darah atau segumpal daging.

Andainya selepas melahirkan anak, keluar darah nifas. Wanita berkenaan perlu menunggu sehingga darah nifas kering biasanya dalam masa 60 hari. Jika berpantang dengan betul seperti bertungku dan sebagainya nifas mungkin kering dalam masa 3-4 minggu atau lebih cepat.

mandi wiladah

Bila Mandi Wiladah Diwajibkan?

Mandi wiladah wajib kepada wanita yang bersalin tetapi tiada darah nifas contohnya keguguran pada peringkat awal kehamilan. Disebabkan tiada darah nifas, maka wanita berkenaan perlu mandi wiladah.

Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.

Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).

Sumber: Ustaz Abu Basyer

Jadi ia BUKAN bermakna para ibu perlu mandi 2 kali iaitu selepas bersalin dan selepas darah nifas kering. Jadi memadainya sekali mandi walaupun berhadas besar berkali kali. Ini adalah penerangan oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan dengan isu Mandi Wiladah ini.

 

Dengan ini, semoga para ibu dapat faham tentang  wiladah ini. Ramai yang masih kurang faham akan mandi wajib ini. Dengan adanya penerangan ini, semoga ia dapat memberi kefahaman yang jelas tentang hukum mandi wiladah ini.

Bagi mereka yang mengalami keguguran dan tiada darah nifas. Mereka wajib mandi wiladah sebagai ganti untuk mengangkat hadas besar.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • apa itu air mazi
  • cara nak menggoda suami
  • keluar air mazi perempuan
  • perempuan melancap kena mandi wajib tak
  • mandi wajib bagi perempuan onani
  • keluar banyak air ketika bersetubuh
  • titik ghairah
  • ciri ciri perempuan melancap
  • kesan buruk onani pada wanita
  • beza air mani dan mazi perempuan
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

Add Comment