Melakukan Seks Sebelum Mandi Wajib Kerana Haid

Bolehkan melakukan seks dengan pasangan setelah haid berakhir?

Jawapannya boleh. Tetapi setelah anda bersuci terlebih dahulu dengan kata lain, anda perlu mandi wajib terlebih dahulu sebelum bersama dengan pasangan.

seks-lepas-haid

Dalam Islam ada peraturan tertentu dalam hubungan suami isteri terutama membabitkan hubungan seksual. Semuanya untuk kebaikan suami isteri terutama dari aspek kesihatan dan rohani. Begitu juga dengan kebajikan anak yang akan lahir.

Dalam hal di atas, ada firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai haid. Katakanlah: Darah haid itu suatu kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) ketika haid dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.

“Apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka seperti yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222)

Berdasarkan ayat ini ulama menyatakan hukum bersetubuh ketika kedatangan haid adalah haram. Begitu juga bersetubuh sebelum mandi wajib walaupun sudah kering haid kerana belum suci daripada hadas besar.

Mereka yang terlanjur hendaklah bertaubat kepada Allah serta memperbanyakkan sedekah dan amal kebaikan atas perbuatan berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • seks selepas haid
  • melakukan seks selepas haid
  • bercinta sebelum m
  • bercinta sebelum mandi besar
  • hukum bersetubuh ketika haid dan cara mandi hadas
  • seks haid
  • semasa period bolehkah mandi kolam?
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

Add Comment