Nak Kaya? Kahwin Lah

Saya tertarik dengan artikel di Oh Bulan berkenaan pasangan yang mengasaskan butik online ELLE Zada. Macam Lazada pun ada..hehehe. Perjalanan bisnes mereka bermula ketika masih belajar. Malah majlis perkahwinan juga dibuat sendiri tanpa perbelanjaan yang besar seperti kebanyakan orang pada hari ini yang bergolok bergadai demi kononya wedding of the year.

Tanpa disedari, hutang keliling pinggang sebaik sahaja majlis selesai. Untuk majlis sehari, perbelanjaan yang digunakan sama banyak dengan perbelanjaan setahun! Kita ikut kisah mereka ini:

 

“Buat perkara yang betul. Apa yang Allah suka dan apa yang Nabi suruh. Tak kisahlah apapun cabarannya. Rezeki Allah yang tentukan.”

“Sepanjang di universiti, sebenarnya kami dah mula menceburi bidang keusahawanan. Saya pernah jadi jururunding kewangan, dealer jual Dunkin Donut, jual T-Shirt dan macam-macam lagi. Suami pula jana pendapatan melalui events di universiti; pernah jual buah, jual air, buat photobooth dan komoditi emas. Kami tak joli & tak boros; duit tu semua kami simpan.

“Strategi kami, kalau nak kaya; nikah dulu. InsyaAllah berkat dan sudah dijanjikan rezeki serta kecukupan daripada Allah Taala. Couple tak tentu arah bertahun-tahun banyak kumpul dosa & berlakon je, jadi lebih baik kahwin. Kami nikah dahulu, pergi honeymoon 3 hari selepas itu selama 14 hari dan 6 bulan kemudian barulah kami buat 1 majlis walimah.

“Dengan modal tiga ribu ringgit (RM3000) dari dalam simpanan kami pun bernikah. Kenapa spend sikit je? Sebab pada kami fokus utama perbelanjaan adalah SELEPAS NIKAH, bukan semasa majlis nikah. Nasib baik juga kami ni dari background keluarga campuran jadi tuntutan tradisi demand itu ini tidak berlaku; kami follow guideline Islam sahaja. Mudah.

“Banyak benda kami DIY (Do It Yourself). Mahu majlis yang indah tapi dengan budget kecil. Hiasan majlis dan hiasan hantaran RM600 je semua kami pasang dan deco sendiri dengan kawan dan adik beradik. Baju, veil, tudung saya edit & jahit sendiri. Pelamin buaian cat dan hias sebdiri. Kebanyakan hantaran semua hadiah dari family untuk pengantin. Selebihnya bayar khemah dan catering lebih kurang RM2000 untuk jamu keluarga & kawan rapat seramai 150 orang yang hadir.

ellezada

Selepas enam bulan bernikah, mereka berdua mula mengatur strategi perniagaan melalui ELLE ZADA, dengan hanya modal dalam tangan tanpa pinjaman ataupun kad kredit.

“Dunia keusahawanan menuntut ketahanan yang tinggi. Pernah kami roll modal masa awal peniagaan untuk tambah volume pengeluaran dengan melaburkan semua duit jualan RM40,000 sampai dalam akaun tinggal beberapa ratus ringgit sahaja untuk makan minum. Dari situ turnover ELLE ZADA mula mencapai jualan 6 angka pertama iaitu RM150,000.

“Satu persatu inisiatif kami bangunkan. Bermula dengan ELLE ZADA ONLINE www.ellezada.com , kemudian ELLE ZADA BUTIK, ELLE ZADA TAILORING HOUSE & terkini ELLE ZADA ACADEMY. Dahulu berdua kini berpasukan 25 orang.

“Bercinta selepas nikah impaknya bertahun-tahun masih terasa. Rasanya macam baru kelmarin bernikah, mahu bersiap ke Italy, tapi bila lihat keliling sudah ada Baby Bug berlari ke sana ke mari, bisnes sudah tegak berdiri dan masa depan boleh dicorak sendiri.

Nampak? Perkara yang lebih penting ialah kehidupan selepas berkahwin. Ditambah dengan Janji ALLAH buat mereka yang berkahwin pasti dikurniakan rezeki yang banyak. Inilah buktinya. Namun, ia perlu dengan ilmu dan kawalan perasaan.

Tindakan “hardcore” menghabiskan duit simpanan untuk mengembangkan perniagaan adalah satu “turn over” terbaik buat mereka. Perlu diingat setiap perniagaan ada risiko dan risiko ini boleh diuruskan. Jika ada ilmu untuk menguruskan risiko yang mendatang. Inilah hasilnya!

Jika NAK KAYA, KAHWIN LAH . Perlu disertakan dengan Usaha dan Ilmu pasti akan KAYA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

Add Comment