Panduan Cara Mandi Wajib Untuk Wanita

Wanita merupakan insan yang istimewa. Ada banyak perkara yang menyebabkan wanita berhadas besar antaranya ialah berjimak, mati, haid, nifas dan wiladah. Setiap wanita islam wajib mandi wajib atau mandi junub sekurang kurangnya sekali sebulan. Eh? Kenapa ya?

Jawapannya ialah haid. Wanita datang haid setiap bulan kecuali sedang hamil atau berpenyakit. Secara am, terdapat 6 perkara yang akan menwajibkan mandi wajib iaitu bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani, mati, haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak).

mandi_wajib

Mandi wajib boleh dilakukan dimana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami-isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Cara Mandi Wajib Untuk Wanita Menurut JAKIM

Mengikut riwayat oleh Saidatina Aisyah R.A, berikut adalah cara Rasulullah SAW mandi wajib.

Langkah 1: Niat untuk mandi wajib atau hadas besar ketika air sampai ke tubuh.

Niat mandi wajib : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi wanita yang  telah habis haid, niat mandi wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.

Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Langkah 2: Membaca Bismillah

Langkah 3: Mencuci Tangan Sebanyak 3 kali

Langkah 4: Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

Langkah 5: Membersihkan tangan kiri dengan sabun.

Langkah 6: Berwuduk (Sama seperti berwuduk untuk solat dan dibolehkan menanguhkkan membasauh kaki)

Langkah 7: Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu menyiram 3 kali dengan air. Ia berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.A dalam Sahih Muslim:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan tangan-tangannya.”

Ketika menyiram kepala, mulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala berdasarkan hadis diriwayatkan oleh Aisyah RA;

“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian di bahagian kiri”

Khas untuk wanita, mereka perlu melepaskan ikatan rambut. Ia berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA yang kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda SAW bersabda:

“Tinggalkanlah Umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

Langkah 8: Memulakan bahagian kanan tubuh.

Dari Aisyah RA: “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)

Langkah 9: Meratakan air ke seluruh tubuh.

Langkah 10: Berwuduk jika ingin bersolat.

Sumber: Majalah Cahaya, Terbitan JAKIM

Anda boleh download fail pdf, Majalah Cahaya terbitan JAKIM diatas.

Semoga ia dapat membantu kita memperbaiki amalan dan cara kita mandi junub.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • cara mandi wajib selepas bersetubuh
  • niat mandi wajib selepas bersetubuh
  • cara mandi wajib
  • cara mandi wajib selepas haid
  • mandi wajib selepas bersetubuh
  • niat mandi junub untuk perempuan
  • cara mandi wajib haid
  • niat mandi wajib haid
  • cara mandi selepas bersetubuh
  • cara mandi wajib yang betul
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

12 Comments

  1. Yaniey June 4, 2016
    • admin June 4, 2016
  2. Mij August 4, 2016
    • admin August 8, 2016
  3. Hamba Allah December 17, 2016
    • admin December 17, 2016
  4. wanita konfius January 25, 2017
    • admin January 26, 2017
  5. Husna February 4, 2017
  6. Husna February 4, 2017
  7. Sharifajsh May 3, 2017
    • admin May 5, 2017

Add Comment