Pengalaman Wanita Bersalin Secara C-Zer

Kebanyakan wanita mahu bersalin secara normal. Namun, atas sebab-sebab tertentu doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan C Zer bagi proses kelahiran bayi.  Puan Azzatie Intan Suraya ada berkongsi dengan pengalaman beliau menjalani penbedahan C-zer ini. Hargai ibu anda!

pengalaman c zer

Ni la epidural… x berpeluang nengok mase dibius, mak aihhh jarumnye panjang yg amat.. pulak 1st time, masa doc dh pecahkan ketuban n menjerit EMERGENCY CZER.. ermmm smua nurse n doc yg ada kt situ menggelabah amik tu amik ni tukar tu tukar ni.. kita ni yg tgh menahan contraction hnya mampu ngalir air mata sambil doc terangkan psl operation, tumpah darah bla bla.. 


Dalam OT, sblum cucuk doc trgkan lagi, bius separuh badan, kemungkinan rasa loya sbb perut ditekan tekan.. blh terima lg… diberinya kita sebijik bantal utk peluk n idup2 dimasukkan pundi kencing, terbeliak sekejap biji mata tahan sakit… then dicucuk, td dah terbeliak ni pejam la plak smbil peluk bantal..


Kalau org tnya sakit x operate, x sakit…hnya ngilu2 depa duk belah perut, tekan2 nak kuarkan baby.. mmg separa sedar, tp gagahkan diri utk celik sbb nk dgr sgt tangisan baby..
Soalan perlu ditukar, sakit x lepas operate? 6 jam lps operste tank pundi kencing dibuang n nurse akan suruh kita bangun ke toilet sendiri… time ni la baru rasa perut mcm ditoreh toreh… ngalir air mata nak bangun.. 


Kesan epidural ni blh rasa serta merta dan kekal sepanjang hayat.. ketika membongkok, menyusu, berdiri lama, duduk lama, kadang baring kalau postur x btul pun blh sakit blkg..
Bkn nak menakutkan, hakikat pengalaman bersalin czer..mak pun prnh czer, katanya setahun masih rasa kesan kne toreh kt perut, tp sakit blkg mmg kekal rasa sampai skrg kata mak..

epidural

Kesakitan akibat kelahiran ini pelbagai dan kesan daripada suntikan epidural pada tulang belakang adalah kekal. Jadi jangan terkejut walaupun sudah berpuluh tahun bersalin secara pembedahan, kesan sakitnya mungkin masih dirasai sehingga kini.

Bagi anda yang masih ada ibu, harga ibu anda yang berkorban nyawa bagi melahirkan anda tidak kira secara czer ataupun secara normal. Tengok jarum suntikan epidural itu saya rasa sudah kecut perut, apatah lagi mengalaminya. Ngeri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

Add Comment