Risiko Masalah Fibroids Ketika Kehamilan

Masalah Fibroids ialah bengkak luar biasa pada tisu lembut di rahim wanita. Ia bukan barah rahim atau barah pangkal rahim dan bukan penyebab kanser rahim untuk jangka masa panjang. Mengejutkan kajian mendapati 20-80 peratus wanita berumur 50 tahun dan keatas mengalamai masalah ini. Ramai tidak menyedarinya kerana saiznya kecil.

Faktor Terjadinya Fibroids

Antara faktor utama terjadi fibroids disebabkan oleh keturunan dan masalah obesiti. Bagi mereka yang mempunyai keturunan yang mengalami fibroids, maka kemungkinan untuk mereka mendapat masalah yang s ama juga adalah besar. Kegemukan atau obesiti juga antara faktor utama berlaku fibroids terhadap wanita.

Simptoms Yang Biasanya Pengidap Fibroids

Bagi wanita yang mengalami kesakitan yang teramat sanagat ketika datang bulan atau mengalami pendarahan yang melampau ketika datang bulan adalah simptom biasa wanita yang mengalami masalah fibroids.

Selain daripada itu mereka juga kerap mengalami sakit belakang, sukar membuang air besar, kerap kencing dan perut terasa kembung. Fibroids juga boleh menganggu mereka yang ingin mendapatkan cahaya mata kerana ianya menganggu telur yang telah disenyawakan melekat pada rahim.

Namun, ia hanya berlaku kepada 3 peratus wanita diluar sana.

Risiko Masalah Fibroids Ketika Hamil

Kebanyakan wanita yang mengalami masalah fibroids tidak mengalamai sebarang masalah sepanjang kehamilan kecuali saiz fibroids ini terlalu besar. Namun, risikonya tetap ada untuk berlakunya keguguran, pendadarahan, kelahiran pra matang dan menganggu kedudukan bayi di dalam rahim.

Biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound jika mengesyaki wanita berkenaan mengalami masalah fibroids yang menganggu kehamilan mereka. Bagi mengesahkan lagi masalah ini, MRI atau x ray boleh dilakukan jika wanita berkenaan tidak hamil. kedua dunia ujian ini boleh mengesahkan kedudukan dan saiz fibroids di dalam rahim.

masalah fibroids ketika hamil

kredit: obgyndrsuhaimi.blogspot.com

Kebiasaannya tiada rawatan khusus diberikan. Adakalanya pesakit hanya diberikan pil penahan sakit dan pemantauan berkala dilakukan untuk memastikan saiznya tidak membesar. Pil hormon juga diberikan untuk mengecilkan saiznya. Jika doktor mendapati ia terlalu besar dan boleh menyebabkan pendapatan, pembedahan akan dilakukan untuk membuat fibroids berkenaan. Keseluruhan atau sebahagian rahim akan turut dibuang,

Jika wanita hamil, pemeriksaan berkala akan dilakukan untuk memastikan kedudukan bayi tidak terganggu dengan masalah berkenaan. Dalam kebanyakan kes, pesakit boleh melahirkan anak secara normal tanpa sebarang pembendahan.

rujukan: Hmetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

Add Comment