Tips Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

Apabila kehamilan berlaku maka bermulalah perjalanan wanita membesarkan perut demi memberi ruang kepada bayi yang bakal dilahirkan. Perut semakin membesar sehingga 9 bulan dan bayi dilahirkan apabila cukup masanya. Tetapi masalah lain pula timbul… berat badan berlebihan dan juga perut mengeleber. Semua wanita yang mengandung mengalami masalah ini. Jadi apa yang boleh dilakukan untuk mendapatkan badan yang ramping dan kembali seperti sebelum kehamilan.

mengempiskan perut

Tips Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

Dalam penulisan kami kali ini akan membincangkan bagaimana untuk mengempiskan perut selepas bersalin. Ia mungkin perkara yang ditunggu-tunggu oleh ramai wanita diluar sana.

  1. Menyusukan Bayi

    Ya. Menyusukan bayi anda sebenarnya membantu anda menurunkan berat badan anda dan mengempiskan perut. Badan seorang ibu akan mengeluarkan susu yang kaya dengan zat dan kebaikan untuk pembesaran bayi.

    Menyusukan bayi membantu anda membuang sehingga 5000 kalori daripada badan anda. Jadi berikan bayi anda susu terbaik didunia iaitu susu ibu secara eksklusif selama 2 tahun. Anda juga membantu badan anda kembali kurus kerana ia membakar kalori anda dengan banyak.

  2. Pengambilan Makanan Yang Terkawal dan Teratur

    Ramai ibu yang menyusukan bayi mereka cepat berasa lapar. Apa yang perlu anda buat ialah makan secara kerap pada kuantiti yang sedikit. Dengan pengambilan makan yang teratur, kadar badan membakar kalori dan menambah keperluan kalori badan akan lebih seimbang. Ambil makanan dengan porsi yang sedikit tetapi secara kerap.

  3. Memakai Bengkung

    Masyarakat dahulu mengamalkan pemakaian bengkung untuk membantu dalam mengempiskan perut mereka. Dengan pemakaian bengkung, secara tidak langsung mengurangkan jumlah porsi makanan yang diambil kerana berasa cepat kenyang. Pemakaian bengkung akan memberikan tekanan pada otot perut dan rahim untuk kembali kepada asal selepas bersalin.

  4. Minum Air Putih Dengan Banyak

    Air putih merupakan satu diet yang terbaik untuk anda. Tak kira teknik diet yang anda amalkan, penekanan utama yang disering ditampilkan ialah minum air putih dengan banyak dan secukupnya.

    Ia membantu badan kembali ramping dengan membersihkan saluran pencernaan di perut anda dengan menyingkirkan segala kotoran dan juga toksin. Sebab itulah pengambilan air putih sangat baik untuk badan selain membantu dalam menurunkan berat badan anda.

  5. Senaman Ringan

    Dengan melakukan senaman ringan setelah tamat berpantang dapat membantu badan anda membakar lemak dan kalori yang tidak diperlukan oleh badan. Anda boleh melakukan senaman seperti sit up dan pelbagai lagi untuk menguatkan kembali otot-otot yang telah dipaksa untuk bekerja keras ketika kehamilan anda.

Itu adalah antara perkara yang boleh anda lakukan dengan mudah di rumah anda untuk mendapatkan kembali berat badan yang optimum untuk anda. Harap ia dapat membantu anda merialisasikan harapan anda untuk mendapatkan perut yang kempis.

Tahniah daripada kami diatas kelahiran bayi anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • cara kempiskan perut selepas onani
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

Add Comment