Tips Shopping Online Buat Wanita

Wanita dan shopping berpisah tiada. Itulah kehebatan wanita dalam membentuk kuasa beli terbesar di dunia online di Malaysia. Boleh dikatakan kuasa beli terletak di tangan seorang wanita sangat besar. Tidak kira daripada tudung, baju sehinggalah pakaian dalam sekalipun ramai yang membelinya secara online.

Namun, adakah ia selamat? Teruskan membaca, kami nak berikan tips untuk anda tertipu di internet.

Tips Shopping Online Buat Wanita

Bisnes online kini pelbagai cara dan kebanyakan bisnes online di Malaysia bermula hanya dari rumah. Tidak kiranya berbentuk dropshipping atau membeli stok sendiri daripada china,vietnam dan sebagainya. Ia merupakan cara yang paling mudah dan murah untuk bermula. Kita sokong perniagaan mereka.

Namun, adakah ia selamat? Tiada penipu?

Ya. Ada. Namun tidak semua. Ada ramai seller atau peniaga online di Malaysia berniaga dengan jujur dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga mereka. Hanya segelintir sahaja yang mengambil kesempatan daripada mereka yang tidak tahu. Biasanya penipu mempunyai track rekod yang tersendiri. Ia boleh dikesan di dunia internet hari ini. Begini cara untuk menyemak reputasi penjual.

Cara Pertama

Anda boleh membuat carian di Google nama penjual atau jenama penjual berkenaan. Jika reputasinya buruk atau pernah membuat masalah, pasti akan ada orang kan bising di FB, Twitter atau di blog. Jadi dengan cara ini, anda boleh tahu rekod penjual berkenaan. Anda boleh tengok FB wall dan twitter samada ia wujud atau tidak. Jadi intai-intai dulu penjual sebelum beli.

cara elak kena tipu shopping online

Cara Kedua

Cara yang kedua ialah pengalaman rakan-rakan. Boleh tanya rakan-rakan anda yang mungkin pernah berurusan dengan penjual berkenaan. Kalau rakan-rakan anda tiada masalah, boleh cuba.

Cara Ketiga

Uji respon penjual. Anda boleh cuba contact penjual seperti emel, sms, whatsapp terlebih dahulu untuk menguji samada penjual ini wujud atau tidak. Responsif atau tidak. Dengan cara ini, ia mengurangkan risiko anda tertipu.

Cara Keempat

Elakkan daripada terpengaruh dengan tawaran yang tidak masuk akal. Contohnya Iphone berharga RM3000 tetapi dijual pada harga RM800 sahaja. Ia sangat tak logik dan kemungkinan besar adalah penipu yang sedang mencari mangsa di internet.

Jika Tertipu Nak Buat Apa?

Jika sudah terkena apa yang perlu anda buat? Pertama sekali cuba untuk contact seller samada beliau ada masalah apa apa. Siapa tahu penjual tu sakit, eksiden atau meninggal sekalipun. Jika tidak dapat, whatsapp diblock, call tak angkat, emel tak berbalas, fb mesej tak berjawab..Buat langkah seterusnya..

Say It Loud. Tulis kat FB, Twitter dan sebagainya tentang penipuan berlaku agar tidak berlaku kepada orang lain. Anda mungkin mengata ia mungkin akan menjatuhkan bisnes orang, namun jika bisnesnya hanya lakonan dan penipuan semata mata, sekurang kurangnya dapat membantu orang lain tidak tertipu dengan penjual berkenaan. Jangan hanya simpan di dalam hati.

Penipu mesti dibenteras.

Langkah terakhir anda boleh buat laporan polis. Mungkin duit anda tidak dapat kembali. Sekurang kurangnya ada rekod oleh pihak berkuasa dan boleh membantu pihak berkuasa dalam menjalankan tugas mereka seperti membuat penangkapan mahupun penyiasatan. Jadi shopping lah dengan cara yang selamat. Lindungi duit anda.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • jenis burit wanita
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
loading...

Add Comment